Thursday 20 December 2012

Program Sulong Kembara Rohani - Pulau Bunting

Pengasas : Syed

Assalammu'alaikum...wrt, selamat datang buat teman-teman, rakan taulan dan saudara-saudari sekelian... semoga semua sudi mengembara bersama-sama geng Kembara Rohani pertama di Pulau Bunting Yan Kedah Darul Aman. Jom kembara!!!

Pengasas : Amirul



Para peserta program sulong Kembara Rohani di Pulau Bunting Yan Kedah Darul Aman. 


Dari kiri : Adam Haikal (anak Sulong Amirul), Amirul, Maideen, Mami (Ibu Maideen).

Alhamdulillah program kembara rohani kali pertama ini telah berjalan dengan lancarnya walaupun perancangan yang dilakukan dalam masa yang agak singkat. Perjalanan kami seramai 5 peserta sulong dengan menaiki Van lama berusia hampir 25 tahun, dimana 2 buah basikal ikut bersama di dalam van tersebut. Rombongan kami bertolak dari Bukit Pinang Kedah pada pukul 3.00  petang hari Jumaat dan tiba ke distinasi hadapan jambatan Pulau Bunting hampir pukul 5.00 petang.


Tiba di jambatan Pulau Bunting, kami terpaksa berjalan kaki dan berbasikal ke Pulau Bunting melalui jambatan kerana hanya motosikal dan basikal sahaja yang boleh melalui pintu pagar masuk ke jambatan tersebut. Lebih kurang 45 minit kami berjalan kaki atas jambatan sambil melihat pemandangan sekitar laut dan menghirup udara segar Selat Malacca. Ramai juga orang yang sedang memancing dan berehat-rehat di atas jambatan ini.




Tujuan dan matlamat utama program ini dilakukan adalah semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala melalui jalan kesufian yakni bersuluk di tempat yang jauh daripada kesibukkan manusia dan kerja-kerja seharian. Program kembara rohani ini dirancang sekali setiap bulan dan setiap program berlangsung selama 24 jam (sehari semalam). Antara aktiviti yang kami atur buat kali pertama ini ialah mesyuarat di kawasan lokasi, mendirikan khemah di lokasi yang sesuai, solat berjemaah di Masjid atau di lokasi (jika jauh dari masjid), mandi manda di laut, tahlil dan zikir selepas Solat Maghrib, tazkirah dan bacaan kitab selepas Insyak, masak makanan malam dan sarapan pagi, memancing di sekitar pulau, Zikir selepas Solat Subuh, menziarahi kawasan sekitar lokasi selepas Asar dan sebelum bertolak pulang ke esokkan harinya.





Hikmah yang diperolehi melalui Kembara Rohani yang pertama ini (antara yang mampu ditulis) : 

1. Bertambah keyakinan bahawa hanya Allah Ta'ala yang Maha Melindungi dari segala mara bahaya ketika berada di sebuah pulau yang jauh di tengah laut yang sunyi sepi.

2. Bertambah keyakinan bahawa rezeki datangnya dari Allah Ta'ala bukan dari makhluk dari angkasa, lautan atau daratan.

3. Bertambahnya sifat sabar dan daya tahan diri semasa berulang alik (empat kali) berjalan kaki melintasi jambatan di siang hari dan juga di malam hari.

 

Sekian terima kasih atas kesudian membaca dan kembara bersama kami, Wassalam.

Wallahu'alam.

Catatan oleh : Amirul

2 comments:

  1. as salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

    alhamdulillah dan tahniah!!

    terima kasih diatas perkongsian kembara rohani

    tak dpt ikut, tapi boleh tengok gambar pun dah sgt bagus

    kirim salam kasih sayang kepada anaknda adam serta bonda mami - assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. Wassalammu'alaikum...wrt, saudaraku wangsa gelar bangsaku.

    Jazakallah, terima kasih kerana sudi kembara bersama geng Kembara Rohani ke Pulau Bunting.
    Semoga nukilan di sini menjadi kebaikan dan manafaat untuk kita bersama...

    InsyaAllah, akan AB sampaikan salam kasihmu kepada anaknda Adam (yg kini berada di madrasah tahfiz) dan bonda mami (yg setiap hari meniaga sayur kangkung segar di rumah kedainya).

    Teruskan pengembaraan...
    pengembaraan bermula...

    ReplyDelete