Thursday 27 December 2012

Program Kembara Rohani ke Dua - Puncak Gunung Jerai

Peserta Kembara Rohani 2 dari kanan : Amirul, Adam, Syed, Syed Muhammad dan Ustaz Idris bergambar kenangan di kawasan Padang Tok Syeikh, Puncak Gunung Jerai.

Assalammu'alaikum...wrt, kepada saudara dan saudari pengembara sekelian, kali ini marilah sama-sama kami geng Kembara Rohani mengembara ke puncak Gunung Jerai dalam siri Kembara 2. Semoga kita semua mendapat manafaat dan kebaikan, insyaAllah Ta'ala.

Di Pintu Muzium Perhutanan

Pada awal pagi lebih kurang jam 0800 kami bergerak dari 3 lokasi berbeza. Syed, Amirul dan Adam bergerak dari Kg. Bukit Pinang Kedah, Syed Muhammad (Shake) bergerak dari Kulim, Kedah dan Ustaz Idrus bergerak dari Kg. Alor Merah, Kedah menuju ke distinasi yang sama yaitu Gunung Jerai. Ahli Kembara Rohani untuk kali ke-2 ini terdiri daripada 4 lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Hampir jam 10.30 pagi semua ahli kembara kali ini dapat berkumpul di kaki Gunung Jerai. Kami bermesyuarat sebagai agenda utama sebelum menaiki kenderaan ke Puncak Gunung Jerai. Alhamdulillah perjalannan kami selamat hingga sampai ke Kawasan Rekreasi Taman Rimba bersebelahan Muzium Perhutanan.

Kawasan peranginan Gunung Jerai

Kami berehat sebentar di kawasan Muzium Perhutanan sambil bergambar sebagai kenang-kenangan, selepas itu kami meneruskan perjalanan hingga tiba di simpang ke kawasan peranginan Gunung Jerai dan ke telaga Tok Syeikh. Kami menuju ke kawasan telaga Tok Syeikh dahulu untuk mencari lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah. Tiba di telaga Tok Syeikh, kami mendirikan khemah dan berehat seketika sambil menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan dengan air segar dari telaga Tok Syeikh. Alhamdulillah.

Khemah siap didirikan

Tapak khemah di kawasan Telaga Tok Syeikh

Setelah hilang penat dan badan kembali segar, kami meneruskan perjalanan mendaki melalui jalan gunung yang berliku-liku menuju ke Padang Tok Syeikh. Tiba di Padang Tok Syeikh, kami bergambar sambil melawat sekitar padang dan batu shaf yang telah dipagar cantik. Ketika itu hujan gerimis sedang turun menyejukkan kawasan berbatu di padang Tok Syeikh.

Dengan memanjat sebatang pokok di tengah-tengah padang Tok Syeikh, saya melaungkan azan untuk Solat Zohor. Ketika azan berkumandang, sekumpulan awan datang meneduhkan kawasan padang dan hujan gerimis pun berhenti. Sebaik sahaja azan selesai, kumpulan awan tersebut pun berlalu dan sinar mentari menerangi kawasan padang Tok Syeikh. Setelah solah Zohor berjemaah, kami bergambar sebagai kenangan di atas Batu Shaf di Padang Tok Syeikh. MasyaAllah.

Bergambar kenangan di atas Batu Shaf

Bersama Ustaz Idris

Di jalan masuk ke Padang Tok Sheikh

Kelihatan garisan Batu Shaf di Padang Tok Syeikh

Setelah selesai lawatan di Padang Tok Syeikh, kami turun ke kawasan peranginan Gunung Jerai dan menunaikan solat Asar di surau pusat peranginan tersebut. Selepas solat kami kembali ke khemah untuk bersiap sedia menghadapi suasana malam dan menyediakan makanan malam sebelum matahari terbenam.


Di atas Batu Kapal bersama Abang Rosli (Tetamu VIP dari Peneng)

Di atas Batu Kapal (Kapal 'Bahtera' milik siapakah yang terdampar di Puncak Gunung Jerai?)

Turun dari Batu Kapal

Tempat Abang Rosli bersuluk

Batu berbentuk Tapak Kaki (tapak kaki siapa agaknya?)

Air Terjun Gua Naga

Kolam Naga dan Gua Naga

Ada nampak sesuatu? Seperti 'Nenek Kebayan Mayang Mengurai'

Mandi manda di Air Terjun Gua Naga

Suasana kawasan Gua Naga



Cerita selanjungnya akan ditulis kemudian...insyaAllah.


Catatan Oleh : Amirul 

6 comments:

  1. Selamat Datang ke blog KEMBARA ROHANI. Manusia sering kali lalai dan leka mengejar matlamat hidup sehinggakan terlupa akan matlamat hidup yang sebenar. Oleh itu, KEMBARA ROHANI ingin mengingatkan dan berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang paling ku kasihi supaya kita tidak lalai dan leka dengan gangguan yang menghalang kita mencapai matlamat sebenar hidup di muka bumi Allah ini. Sama-samalah kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. INSYA-ALLAH.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Jazakallah dan terima kasih atas kata-kata aluan dari sahabatku Syed Muhammad@Shake, bulan ini (Januari) Kembara Rohani akan di teruskan membuka tirai 2013. Ayuh bersama kita KEMBARA.....

    ReplyDelete
  3. salam Amirul,Ab and the gang,cayalah! berusaha! ada jumpa annur kat situ tak? annur ada dok ngintai2 kat situ...lalala~

    hehe

    ReplyDelete
  4. Wassalam...Puteri Jalanan yg suka berjalan2, kami akan sentiasa berusaha mengembara ke serata alam.... Annur duk intai kat mana tu? Oh di situ rupanya... selalu-selalulah turun kat sini ye.... :)

    Jom kembara bersama Geng KR ke TT Hayun pd 22 dan 23 Mac 2013 nanti insyaAllah....

    ReplyDelete
  5. Salam,saya Juriana.Saya nak tahu lokasi Batu Kapal Di Gunung Jerai?Adakah ia dekat dengan Padang Tok Sheikh dan Batu Shaff?

    ReplyDelete
  6. Salam,saya Juriana.Saya nak tahu lokasi Batu Kapal Di Gunung Jerai?Adakah ia dekat dengan Padang Tok Sheikh dan Batu Shaff?

    ReplyDelete