Thursday 31 January 2013

Program Kembara Rohani ke Empat - Gua Kelam, Perlis.

Assalammu'alaikum...wrt, ayuh mengembara bersama Geng Kembara Rohani ke Gua Kelam, Perlis Indera Kayangan. Hayati gambarnya dulu sebelum ceritanya saya tulis kemudian.....

Bergambar kenangan ketika mula masuk ke Perlis (Di Masjid Lama Arau)

Di hadapan Masjid Arau yang baru.

Melawat Telaga Tok Adam, di kampung Utan Aji.

Di hadapan Masjid Terapong Kuala Perlis

Singgah sebentar di Gua Bukit Kubu, Kuala Perlis.

D' Forest Eco Park (ala2 Juraciss Park : ada Dinasor kat atas Bukit Kubu ni!)

Sempat juga kami melawat Muzium Kota Kayang

Baru sampai di lokasi 'Gua Kelam Perlis'

Di pintu masuk ke Gua Kelam

Dah masuk dalam Gua Kelam (Entah dah berapa kali?)

Kali ini tak boleh masuk sampai ke hujung gua. Sebabnya...

... inilah sebabnya...

Di tapak khemah, kelihatan Shake sedang membersih tapak... 

Suasana kawasan perkhemahan

Khemah siap didirikan

Senja

Suasana malam di tapak khemah

Setelah selesai solat Magrib

Sedang kami bersembang-sembang tiba-tiba muncul seekor haiwan misteri terbang melayang dan hinggap pada pokok kayu di hadapan kami. Ada sesiapa yang dapat mengenali (arif) apakah haiwan ini?

Terbang melayang bagaikan kluang, badan berbulu halus berwarna kelabu, gerak kepalanya perlahan-lahan memerhati ke kiri kanan bagai kepala sang kura-kura

Matanya bersinar bagaikan perak, sayapnya bercantum dari kaki depan hingga ke ekornya, ekornya pendek sahaja, kaki depannya lebih panjang dari kaki belakangnya. 






Bersambung....insyaAllah. 

Catatan oleh : Amirul

Tuesday 22 January 2013

Program Kembara Rohani ke Tiga - Lubuk Tupah


Assalammu'alaikum...wrt, sebelum kita mengembara pada kali ke3 ini, kami mengucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul kali ke 1487, buat semua saudara dan saudari umat Baginda Rasulullah s.a.w. sekaliannya di mana jua berada. 
Ayuh kita mengembara menyebarkan Selawat dan Salam ke atas Baginda s.a.w. bersama 
Maher Zain.


Dalam Kembara Rohani kali ini, kami hanya 3 orang sahaja yang dapat melapangkan masa. Lokasi Kembara Rohani 3 ini adalah ke kawasan Peranginan Lubuk Tupak di Kaki Gunung Jerai tidak jauh dari Tanjung Dawai dan Lembah Bujang. Walaupun Lubuk Tupah telah 'tercemar' namun kami telah memutuskan untuk lakukan satu usaha kerohanian semoga dengan usaha yang kecil ini InsyaAllah adanya rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala terhadap bumi Tupah tersebut.

Ziarah Kubra ke makam Bujang (Sultan Muzaffar Shah I dan Kerabatnya) Agenda pertama kami apabila sampai ke Lembah Bujang.
Bergambar kenangan bersama Abang Ibrahim (penjaga makam)

Sampai saja ke Lubuh Tupah kami mencari lokasi yang sesuai dan terus mendirikan khemah dan tempat solat bersebelahan khemah.

Lanskap di hadapan khemah.

Suasana di kawasan perkhemahan Lubuk Tupah, 
kelihatan tandas yang sudah rosak dan usang.

Telah masuknya waktu Magrib, Syed Samudera telah siap menghampar sajadah dan sedang menunggu imam dan makmum yang lain. 

Kelihatan para makmun masih lagi sibuk mengambil wudhuk di Jeram Lubuk Tupah.

Buaian tempat bersantai penghuni Lubuk Tupah.

Selepas selesai solat Magrib berjemaah, kami mengadakan majlis Tahlil, Selawat dan Zikrullah hingga waktu Insya'. Selepas solat Insya' kami mengadakan majlis Ta'alim Kitab Al-Imam Al-Haddad : Adab Pendekatan Diri kepada Allah dan makan malam selepas selesai bacaan kitab.

Acara seterusnya adalah bersantai bersama para penduduk setempat sambil menghidangkan mereka dengan beberapa santapan jiwa yang disampaikan oleh Abang Syed Samudera.

Setelah para tetamu kembali, maka tinggallah kami bertiga meneruskan pengisian kerohanian masing-masing di tengah-tengah kesunyian malam di Lubuk Tupah.

Suasana pagi sebelum berkemas untuk aktiviti seterusnya.

Setelah khemah dan kawasan siap dibersihkan sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Aktiviti seterusnya Mandi di Jeram Lubuk Tupah.

Pintu masuk logi penapisan air di penghujung Lubuk Tupah.

Keadaan empangan Lubuk Tupah yang kering kekurangan air.

Syed Muhammad dan Amirul

Markas Pasukan Gerakan Am di sebelah jalan masuk ke Lubuk Tupah.

Kami bertolak pulang setelah selesai mandi dan bersarapan pagi (meyorok) di gerai hadapan pintu masuk Lubuk Tupah.


Sekian untuk kali ini.... sambungan catatan akan dibuat kemudian...insyaAllah.

Wassalam....
Catatan oleh : Amirul