Friday 15 August 2014

Kembara Rohani 6 : Lumut Perak



Assalammu'alaikum...wrth, semoga saudara saudari sekalian sihat sejahtera selalu. Biarlah gambar berbicara untuk kembara rohani kali ke enam ini...























Sekian Wassalam, Terima kasih kepada semua yang sudi kembara bersama kami.

Monday 18 March 2013

Kembara Rohani 5 : Titi Hayun, Kedah.


Assalamu'alaikum...wrth, kepada saudara dan saudari sekalian yang sudi kembara bersama Geng Kembara Rohani. Kali ini kami akan paparkan pengalaman kembara ke Titi Hayun, Kedah Darul Aman. Ayoh bersama-sama kami.... Amirul, Syed Samudera dan Shake.

Bergambar kenangan di atas Jambatan@Titi Hayun.

Dalam perjalanan ke destinasi.... Kami bertolak dari Alor Setar melalui Jalan Yan...

Bertemu Shake di Pantai Murni, singgah sebentar sebelum ke Titi Hayun...

Alhamdulillah....Selamat sampai  ke lokasi : Titi Hayun...

Sebaik saja tiba di lokasi : Mesyuarat dulu sebelum meneruskan aktiviti walaupun sambil duduk bersila.

Aktiviti Pertama bermula : Panjat Tangga 1000 / Tangga Kenari

Bergambar dulu sebelum panjat tangga...

Terpaksalah bergilir-gilir ambil gambar sebab ada 3 orang je...

Sempat lagi bergambar sebelum menapak... tanpa apa2 persediaan walaupun sebotol air minum kami mula melangkah mendaki tangga 1000.

Ada lagi satu titi hayun (titi gantung yang berayun2) selepas menaiki beberapa puluh anak tangga.

Penat... air pulak lupa nak bawa... Berehat sebentar sebelum terus melangkah...

Pokok tua menjadi tempat singgah... kaki pun dah mula lenguh.

Alhamdulillah.. sampai jugak kat puncak tangga 1000 ni... ada pondok untuk berehat, tapi tak dak pula orang jual ABC ke Cendol ke..huhuhu... dahaga dan penat lagi... rehat biar lama sikit sambil berbual2 dan melihat kawasan sekitar..

Adalah pulak sebuah pongsu yang besar kat sebelah pondok rehat tadi...
Agak2 apa yg ada dalam pongsu ni?

Ada lagi suatu benda yang pelik kat celah2 banir pokok yang merekah..

Dah hilang penat dan melihat kawasan sekitar, kami pun mula bergerak turun sebab Azan dari masjid di bawah sana sudah kedengaran dengan jelas di puncak tangga Kenari ini...

Aktiviti seterusnya akan bersambung selepas ini.... Jom solat dulu...



Catatan oleh : Amirul

Thursday 31 January 2013

Program Kembara Rohani ke Empat - Gua Kelam, Perlis.

Assalammu'alaikum...wrt, ayuh mengembara bersama Geng Kembara Rohani ke Gua Kelam, Perlis Indera Kayangan. Hayati gambarnya dulu sebelum ceritanya saya tulis kemudian.....

Bergambar kenangan ketika mula masuk ke Perlis (Di Masjid Lama Arau)

Di hadapan Masjid Arau yang baru.

Melawat Telaga Tok Adam, di kampung Utan Aji.

Di hadapan Masjid Terapong Kuala Perlis

Singgah sebentar di Gua Bukit Kubu, Kuala Perlis.

D' Forest Eco Park (ala2 Juraciss Park : ada Dinasor kat atas Bukit Kubu ni!)

Sempat juga kami melawat Muzium Kota Kayang

Baru sampai di lokasi 'Gua Kelam Perlis'

Di pintu masuk ke Gua Kelam

Dah masuk dalam Gua Kelam (Entah dah berapa kali?)

Kali ini tak boleh masuk sampai ke hujung gua. Sebabnya...

... inilah sebabnya...

Di tapak khemah, kelihatan Shake sedang membersih tapak... 

Suasana kawasan perkhemahan

Khemah siap didirikan

Senja

Suasana malam di tapak khemah

Setelah selesai solat Magrib

Sedang kami bersembang-sembang tiba-tiba muncul seekor haiwan misteri terbang melayang dan hinggap pada pokok kayu di hadapan kami. Ada sesiapa yang dapat mengenali (arif) apakah haiwan ini?

Terbang melayang bagaikan kluang, badan berbulu halus berwarna kelabu, gerak kepalanya perlahan-lahan memerhati ke kiri kanan bagai kepala sang kura-kura

Matanya bersinar bagaikan perak, sayapnya bercantum dari kaki depan hingga ke ekornya, ekornya pendek sahaja, kaki depannya lebih panjang dari kaki belakangnya. 






Bersambung....insyaAllah. 

Catatan oleh : Amirul