Assalamu'alaikum...wrth, kepada saudara dan saudari sekalian yang sudi kembara bersama Geng Kembara Rohani. Kali ini kami akan paparkan pengalaman kembara ke Titi Hayun, Kedah Darul Aman. Ayoh bersama-sama kami.... Amirul, Syed Samudera dan Shake.
Bergambar kenangan di atas Jambatan@Titi Hayun.
Dalam perjalanan ke destinasi.... Kami bertolak dari Alor Setar melalui Jalan Yan...
Bertemu Shake di Pantai Murni, singgah sebentar sebelum ke Titi Hayun...
Alhamdulillah....Selamat sampai ke lokasi : Titi Hayun...
Sebaik saja tiba di lokasi : Mesyuarat dulu sebelum meneruskan aktiviti walaupun sambil duduk bersila.
Aktiviti Pertama bermula : Panjat Tangga 1000 / Tangga Kenari
Bergambar dulu sebelum panjat tangga...
Terpaksalah bergilir-gilir ambil gambar sebab ada 3 orang je...
Sempat lagi bergambar sebelum menapak... tanpa apa2 persediaan walaupun sebotol air minum kami mula melangkah mendaki tangga 1000.
Ada lagi satu titi hayun (titi gantung yang berayun2) selepas menaiki beberapa puluh anak tangga.
Penat... air pulak lupa nak bawa... Berehat sebentar sebelum terus melangkah...
Pokok tua menjadi tempat singgah... kaki pun dah mula lenguh.
Alhamdulillah.. sampai jugak kat puncak tangga 1000 ni... ada pondok untuk berehat, tapi tak dak pula orang jual ABC ke Cendol ke..huhuhu... dahaga dan penat lagi... rehat biar lama sikit sambil berbual2 dan melihat kawasan sekitar..
Adalah pulak sebuah pongsu yang besar kat sebelah pondok rehat tadi...
Agak2 apa yg ada dalam pongsu ni?
Ada lagi suatu benda yang pelik kat celah2 banir pokok yang merekah..
Dah hilang penat dan melihat kawasan sekitar, kami pun mula bergerak turun sebab Azan dari masjid di bawah sana sudah kedengaran dengan jelas di puncak tangga Kenari ini...
Aktiviti seterusnya akan bersambung selepas ini.... Jom solat dulu...
Catatan oleh : Amirul